KENAPA REZEKI TAK MURAH? ditulis dengan air mata dan rasa keinsafan. Sepanjang menulisnya, diiringi sujud dan zikir yang banyak. Apa lebih istimewa, asalnya ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Sekitar tahun 2005-2007 saya pernah ditimpa ujian dari ALLAH SWT yang sangat besar. Ujian yang seolah-olah menghentikan rentak hidup saya seketika. Ujian yang banyak mengajar saya siapa diri saya sebenarnya. Saat saya ditimpa ujian, saya tida tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada saya dan kenapa segalanya berlaku. Kenapa saya yang dipilih untuk menerima ujian ini dan apa salah saya. Saya bukan pembunuh, saya bukan pengedar dadah, saya bukan orang jahat. Saya hairan kenapa saya yang mengalami semua kedukaan itu.
Alhamdulillah, Allah SWT Maha Penyayang, lalu Dia memberikan petunjukNya kepada saya. Syukur saya berjaya melalui segala ujian kehidupan yang mematangkan saya. Lantaran saya terpanggil untuk menulis buku (TAJUK) dengan harapan, jika ada insan lain yang buntu seperti saya, yang tidak tahu bagaimana menghadapi situasi buruk yang menimpa diri dan yang merasakan diri sebagai mangsa keadaan, boleh menjadikan buku ini sebagai panduan.
Ujian yang berlaku dalam kehidupan, InsyaAllah akan berlaku berulang kali. Itu adalah ketetapan-NYA. Namun dengan pengalaman dan ilmu yang saya perolehi, yang digarapkan di dalam buku ini, InsyaALLAH dapat mengajar pembaca bagaimana untuk menghadapinya dan apa yang perlu dilakukan serta perbaiki bagi mengatasi ujuan-ujian tersebut.
Saat saya menulis buku ini juga saya sedang menghadapi ujian yang besar, dan ianya menjadikan buku ini sangat istimewa kerana ianya penuh dengan ‘rasa’ hiba dan berduka akibat ditimpa ujian. Ianya juga bagaikan satu senarai semak untuk saya bagi memeriksa apa tindakan lagi yang saya perlu ambil dan perbaiki dan apa lagi yang belum saya buat.
Buku ini ditulis dengan penuh doa agar ianya dapat menjadi asbab kebaikan kepada orang lain dan dengan penuh harapan supaya ianya menjadi punca untuk kita semua yang menyentuh, yang membelek, yang membaca, yang memiliki dan yang menyebarkannya menjadi lebih erat dengan Allah SWT dan RasulNya.
Semoga ini menjadi satu titik permulaan kepada kehidupan anda yang lebih akrab denganNya, Yang Maha Menurunkan Ujian dan Yang Maha Memberi nikmat dan rezeki.
The Displayed Price Excludes Postage Fees
Please be advised that the prices listed for our books do not include postage fees. The cost of shipping will be calculated and added separately during the payment process. Shipping rates may vary based on the destination.